Followers

Thursday, May 5, 2011

TRAGEDI 4 MAY 2011

4th May 2011 sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan buat aku dan rakan-rakan Degree in Textile Technlogy, kerana hari ini adalah hari last paper for kami especially aku, Mira, Sue, Pu3 dll. Tapi malang yang menimpa nasib dua orang sahabat kami Yus and Sue apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya menjadi satu memory tragis buat kami. So, Yus dan Sue memang tak dapatlah nak attend exam ni…Dorang boleh buat supplement nanti…So, Alhamdulillah..dorang tak perlu extend….bleh la grad sama-sama..

Alhamdulillah mereka berdua selamat tetapi sebenarnya yang terlibat dalam kemalangan itu adalah tiga nyawa, kerana Yus dah berkahwin dan sedang sarat mengandung. Yus kuat dan tabah, walaupun dalam keadaan sedemikian dia masih menguatkan dirinya untuk pergi menduduki peperiksaan sedangkan pada hari itu adalah due datenya.  Allah SWT lebih sayangkan Siti Aisyah, nama yang diberikan untuk Arwah. Arwah xsempat melihat dunia kerana Allah SWT lebih sayangkannya. Mesti berat untuk Yus terima semua ni…


Kemalangan berlaku antara motor yang ditunggang Yus, Sue pembonceng dan sebuah Viva Puteh (BJQ 1953), berlaku kat simpang depan Wet World. Yang bersalah dalam kemalangan ni, sudah tentulah bukan Yus, tapi pemandu kereta tu. Sebab dorang jalan lurus dan pemandu tu yang nak masuk kesimpang tu. Dah tahu nak masuk simpang tunggulah moto Yus lalu dulu sebab Yus memang dah ada kat depan tu, buta ke apa tak tahu la si driver tu. Memang Ngok ngek tol lah. Dah jalan lurus, Yus of course la bawa laju, and then suddenly kete bodoh tu nak masuk simpang, apa lagi bertembung lah. Dengan Yus yang pregnant aku tak dapat bayangkan apa yang jadi, kesakitan yang Yus dan Sue rasa.(Perenggan ni ayat dah tak skema cm kat atas..macam tulis esei..ngee)

Lepas berlanggar tu, Yus terus bangun sebab risaukan baby nya. Yus tersembam ke depan dan Sue pun terhumbam (tragedinya lbh krg cm tula). Ya Allah, aku tak dapat bayangkan keadaan mereka.. Apa yang menjadi ketidakpuasan hati aku dan kawan-kawan yang lain adalah rasa tanggungjawab dan sifat kemanusiaan hati seorang wanita yang bergelar ibu. Sebabnya yang melanggar Yus dan Sue adalah seorang wanita pertengahan usia, apa dia tak nampak ke Yus tu pregnant dan dia boleh nak blah macam tu je. Siap kata “ Saya nak cepat ni, korang (budak-budak yang ada nak tolong kat situ) uruskanlah ye. Saya nak jemput anak saya” (ayatnya lebih kurang cam tu la)…Nasib ada saksi kejadian, so boleh jadi saksi kat court nanti, sebab Yus dan family nak bawa kes ni ke court, Yus kata dia bukan nak duit atau apa, Cuma keadilan mesti ditegakkan...Lebih kurang macam tu la Yus cakap…Sedih kalau dengar ayat Yus masa tu, tapi bukan aku yang dengar, kawan2 yang lain yang gtau…Kalau aku yang dengar….Ermmm…(credit tu saksi, budak PTPTL)

Makcik tu punya bongok, siap nak blah macam tu je dan yang lagi tak boleh blah makcik tue tu pakai tudung labuh, So, tudung labuh belum dapat mengukur sifat kemanusiaan seseorang tu. Makcik tu tak tahuke betapa sensitifnya kandungan seorang ibu tu, nak-nak lagi dah bertembung macam tu punya kuat sampai raga kemek gila (macam dah terhempuk kat perut Yus, Ya Allah sakitnya aku rasa…)Macam dia tak pernah pregnant jew…

Kalaulah dia tolong Yus bawa pergi hospital terus mesti baby dapat diselamatkan….Sedih gila aku rasa..Maybe sebabnya masa tu Yus tak macam sakit pun, yelah Yus kan memang kuat dan Sue pun macam luka-luka biasa je. Wei, kalau ko yang bersalah, bertanggungjawab lah cikit dol..Tak macam sakit pun, orang tu pregnant kot…Memang!!….Ehhh!!…Kalau aku jumpa la umah orang tu, memang aku serang la… Tapi tak boleh sebab takut Yus kalah dalam Court nanti, sebab Yus nak bawa ke Court kes ni..

Hari tu kitaorang ni nak exam, so memang tak boleh nak pergi tengok dorang la. Nasib ada Ida, dia yang pergi tengok Yus dan Sue. Kitaorang yang tengah exam ni, dengan nak jawab exam lagi dengan terfikirkan Yus dan Sue lagi…Risau…Lepas exam tak boleh nak melawat Yus, sebab masa tu Yus dah ada kat Hospital Klang dah dan masa tu bukan masa melawat.

Lepas eksiden tu, Yus dan Sue dibawa ke Klinik je, depa pula cume cek2 biasa je kat yus tu, kalau masa tu pushkan juga baby tu kua mesti dia selamat. Yelah bab aku cakap tadi Yus memang kuat, Sue yang naik welcha, tapi Yus siap boleh jalan melenggang lagi, so memang org klinik tu tak jangka yang kandungan Yus tu dah lemah. Tapi wei lu fikir la sniri eksiden kot, baby tu dalam perut, aku nak pesan la kat korang pepe hal bersangkutan dengan pregnant jangan la tak sensitif, sensitif la wei…Depa ni pun cek kandungan tu pun tiga suku je..Dan nak tunggu masa tuk jumpa doktor tu pun satu hal punya lama prosedur bongok tu….ishhh!!(dan sekali lagi aku berkata kalau la makcik bodoh tu bawa Yus pergi klinik…..)

Tak lama pas2, tiba2 Yus menggeletar seluruh badan, dia kata sejuk, pas2 baru dorang nak bawa ke hospital klang…Dalam otw tu la Yus tiba2 ckp kat nurse “Nurse….Baby dah tak gerak”….Waaaa….Kalau aku da kat situ mesti dah bercucuran air mata aku…Nurse tu pun dah naik risau…Yang teman Yus dalam ambulance tu, Lia (Budak sebelah bilik Ida dan xpernah kenal pun dengan Yus, dan sanggup nak ikut Ida pergi tolong Yus, kredit to her n Ida, bukan cam makcik tue tu…Geram!! )

Then, sampai kat hospital, dr check2, dan sahkan yang jantung baby dah tak berdenyut…masa tu ALLAH saja yang tahu betapa runtum nye perasaan seorang ibu…Suami dan ayah Yus dah sampai kat Hospital Klang masa ni…Doktor still nak Yus deliver secara normal and tu pun memakan masa…Bayangkan Yus menunggu masa tuk deliver dgn kandungan yang sudah tak bernyawa, yang ditunggu2 selama 9 bulan, tiba2 dia pergi dalam sekelip mata...apa perasaan dia…Mesti sedih gile…Kalau lah aku kat tempat dia…..Aku rasa aku tak setegar Yus…

Sue ada dapat coll dari anak si makcik tua tu, (makcik tu sempat tukar no fon ngan Sue) Tanya apa yang berlaku Sue kata la yang dia dan Yus ok, tapi baby dalam kandungan tu meninggal..Then budak bongok anak makcik tua tu siap cakap “Owh…Dia ok je kan, baby je yang meninggal ea” (lebih kurang cam tu la ayat nye)…Wei bongok, baby tu ko ingat NOTHING ke…Dia dah ada nyawa kot….Memang!!ERGH!!..Sue dan ayah dia buat police report lepas balik dari hospital tu.

5/05 kitaorang satu kelas pergi ramai-ramai melawat Yus, Lecturer pun ada dtg melawat Yus tadi….Bila sampai tengok muka Yus, terkejut gila, bengkak, kalau tgk sekali imbas mesti tak perasan tu Yus…Semalam Ida ada cakap yang muka Yus tiba2 bengkak masa kat hospital. Mesti masa eksiden ada terhentak kat mana2…Memang bengkak gila, double dengan muka dia, dengan merah dan lebam2 hitam..

Aku memang tak boleh duk kat Yus, nanti terburai berjurai segalanya…So, aku amek port jauh je, dah last2 tu baru aku datang kat Yus, and memang berjurai la..Semua sedih…Aku paling tak tahan dengar cerita ummi Yus, dia cite cam na Yus sebelum pergi kelas. Dia siap happy lagi, sihat je lagi, takde tanda2 nak bersalin, siap cakap kat baby sabar.. ni last paper ye, lebih kurang cam tu la…Hari tu dia siap boleh masak lagi…Dan kalau aku tak silap masa otw naik moto tu, Yus sempat borak ngan Sue nak letak nama apa lagi…HuHu…Sedih…..

Makcik tu xmelawat pun Yus kat hospital, dia boleh wat derk camtu jew…Esok2, ntah la….Tapi dengar cite dia dh wat police report jg..Kot2 pun pergila melawat..Tengoklah macam mana keadaan seseorang yang telah ko buat dajalkan..Dan aku dan member2 tertanya-tanya, apa yang makcik tu tengah fikir sekarang ni, samada dia takut, risau, kesian kat Yus or xde perasaan setelah membunuh eksiden and blah macam tu je!!!!

Tapi, ye la semua dah nak terjadi, memang suratan Ilahi pun dah….Kita kena redha setiap ketentuan drNya…Allah nak menguji hamba-hambaNya….

“Jika Allah SWT mencintai seorang hambanya, maka Dia akan mengujinya agar dia selalu mendengar rintihannya” Hadis Riwayat Baihaqi…
Aku harap dan berdoa agar Yus dan family tabah dan kuat dalam menempuh ujian yang Allah telah aturkan….

p/s::So, sapa2 ternampak BJQ1953, Dia memang seorang yang tak berperikemanusiaan dan tak bertanggungjawab…Cuba Tanya dia, tidur lena ke?..Ingat ye BJQ1953 tahu…Kiri salam kat dia…

::Kitaorang sempat tengok baby tu Siti Aisyah, comel and puteh….Sayang Siti Aisyah, aku dan kawan-kawan yang lain selalu usap perut Yus dan pernah 2,3 kali terasa baby tendang or bergerak…

::Baby akan dikebumikan dekat kampong Yus…Sebelom bawa baby ke kampong, husband Yus, G-man bawa baby jumpa Yus dulu, aku dengar cerita Yus of course la menangis dan bila G-man dah nak gerak bawa baby tu, Yus memang tak nak lepaskan Baby tu…Mesti sebak gila masa tu sampai Pn Ju and Pn Zehan (lecturer kitorang) pun menangis…..


::Ceritanya lebih kurang macam tulah...if ada info yang salah harap dimaafi...


::Sue, kuatkan diri menghadapi dugaan Allah SWT ....


::Kami semua kenal sejak 2005, dah 5 tahun. (Yus, Sue, Kiah, Mira, Bisha, Pqa, Pu3 dan aku dan tak lupa buat Han)..Dari diploma sehingga sekarang ijazah...Hari yang memang sedih untuk perpisahan kami, menjadi lagi hiba dengan insiden ini....


::Sori ayat tunggang langgang....

2 comments:

Jajas said...

Tak patut la makcik tu..klu dia mintak ganti rugi kite bakor je kate dia.. semoga kwn awk tu cepat smbuh dan buat balik dari awal..

Ana Farhana said...

ros tetiba aku menangis....
sedih sangat dengar berita nie....
ana kat cni terus mendoakan kesejahteraan yus na family...
tuk ros thanks cos kongsi cerita....

Click Me...Click You (^_^)