Sudah lama x update blog ni...Ye la, dah lama x online, ni pun baru beli broad band maxis..Aku guna yg 3gb, rm68 sebulan...Setakat ni laju lagi lah....
Hidup dulu dengan sekarang jauh berbeza, sekarang dah kerja. Dulu belajar dan hidup bergantung dengan orang tua. Walaupun kerja aku tak sebagus mana, tapi aku bersyukur sebab aku tak tanam anggur. Aku mula kerja 31 November 2012 sampai sekarang 17 April 2012, so sudah 140 hari @ 4 bulan 18 hari aku kerja. Aku kerja bahagian customer service di salah satu hypermarket di Pahang ni. Just sebagai trainee asst supervisor saje. Lebih kurang 1 bulan setengah aku akan 'confirm' kat sini, tapi kalau boleh aku tak nak 'confirm' sebab nanti bila dah 'confirm' aku kena hantar notis 2 bulan untuk berhenti kerja. Kalau tidak, kena bayar 2 bulan gaji, gila lah aku nak membayarnya, lain lah kalau aku dapat kerja dengan gaji yang masyuk. So, xkesah lah nak membayar denda tu.
Walaupun aku dah lama kerja sini, tapi perkataan nak berhenti kerja tu tak pernah terpisah dari bibir aku ni. Actually kerja kat sini tak lah teruk mana, tapi aku dah rasa stress menghadap muka customer yang pelbagai karenah ni. Tapi berbeza denagn sepupu aku, tadi baru lepas web cam dengan sepupu aku, dia kata lebih suka kerja swasta compare to kerja kerajaan.
Yong: Saya lebih suka kerja swasta kak De, sebab kerja swasta ni lebih mencabar berbanding kerja kerajaan. Kerja kerajaan ni duk dalam ofis je. Kerja swasta dapt jumpa pelbagai karenah manusia. (ayat nya lebih kurang cam tu la.)
Dari situ aku terfikir, adakah aku ni tak suka kan cabaran...Errrrrr....Tapi dalam biodata aku selalu tulis sukakan cabaran...Errrr...Aku terfikir betul ke kerja kerajaan menbosankan? tapi kena tengok lah kerja apa tu, ada juga kerja kerajaan yang berhdapan dengan customer, ada gak yang terperok dalam ofis je.
Semenjak aku berkerja ni, aku selalu merungut pasal kerja ni, tapi aku harus bersyukur dengan rezeki yang telah diberikanNya. Selagi aku tak bersyukur dengan apa yang diberikanNya selagi tu aku akan tak puas hati dengan apa yang aku ada sekarang.
Alhamdulillah |
So, mulai hari ini, saat dan detik ini, aku kena merangsang fikiran aku untuk sentiasa bersyukur, berfikiran positif, terima apa sahaja dugaan yang mendatang dengan hati yang terbuka dan redha dengan ketentuanNya. Dengan itu, aku dapat hidup dan berkerja dengan baik, mungkin siapa tahu rezeki yang baik bakal mencurah di masa akan datang. Siapa tahu, hanya Dia yang tahu.
No comments:
Post a Comment