Followers

Saturday, March 12, 2011

TSUNAMI DI JEPUN-Ribuan penduduk diancam radiasi


Tsunami muncul lagi dan kali ini menyerang Jepun...Bila terdengar perkataan Tsunami yang dibayangkan adalah ombak besar yang tinggi yang akan merempuh dan memusnahkan apa sahaja yang ada dihadapannya....MasyaAllah....mengerikan.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana ia tidak berlaku dinegara kita. Tapi apa yang berlaku kepada Jepun harus menjadi iktibar kepada kita dan sama-sama lah kita berdoa agar mereka dapat menghadapi dugaan Allah ini dengan sabar. Setiap cubaan dan dugaanNya didunia ini ada hikmahnya...


Sumber dari berita harian:
Tsunami meragut 1700 nyawa dan 10,000 dikhuatiri hilang, aku tak dapat bayangkan perasaan aku kalau ada diantara jumlah itu adalah salah seorang dari family aku sendiri, ataupun sahabat, ataupun saudara-mara..Walaupun Tsunami berlaku diJepun, tapi aku dapat merasa kesedihan yang dialami oleh mereka disana, kehilangan orang yang tersayang, kehilangan harta benda yang tinggal hanya sehelai sepinggang..

215,000 penduduk di kawasan timur lautnya yang terjejas teruk itu, berlindung di penempatan sementara ketika sekurang-kurangnya 5.6 juta penduduk pula terpaksa bergelap akibat terputus bekalan elektrik dan air bersih.  Semua talian telefon terputus ketika ramai penduduknya yang terselamat, beratur panjang mendapatkan bantuan. Sebanyak 400 mayat ditemui di bandar Rikuzentakata, wilayah Iwate yang dilaporkan musnah dan tenggelam sepenuhnya, manakala di bandar Sendai, sekurang-kurangnya 300 mayat turut ditemui. MasyaAllah...Tak dapat aku bayangkan kalau aku yang berada disana.... 

Bukan setakat Itu, malah Jepun dikejutkan dengan kejadian kebocoran radioaktif di salah reaktor nuklearnya di Fukushima, utara Tokyo akibat letupan di bumbung loji terbabit berikutan gempa bumi kuat.   Perkembangan itu meningkatkan ancaman radiasi jika reaktor itu terbakar dan memaksa kerajaan memindahkan penduduk yang tinggal di lingkungan 20 kilometer dari reaktor Daichi 1 berusia 40 tahun itu.  Pengumuman oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano itu dibuat ketika rakaman televisyen memaparkan imej kepulan wap panas dari loji itu yang memaksa syarikat pengendalinya, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) berusaha mengurangkan tekanan dalam teras reaktor berkenaan. 

Mereka mengalami kerugian yang teruk dan dianggarkan kerugian sebanyak AS$15 bilion (RM52.5 bilion). Banyak tu….Moga-moga Jepun akan cepat pulih dari kemusnahan ini….Dan ambillah iktibar dari kejadian ini…Aku manusia biasa Cuma berharap Negara Malaysia akan selamat dari malapetaka dan bencana alam……Aminnn…..


No comments:

Click Me...Click You (^_^)