Followers

Friday, October 7, 2011

Last published on Jul 24, 2011

Mak ngai, dah bersawang sesawang blog aku nih. Dah lama tak update. Kenapakah? Cek tak bayaq bil broadband. Hahah. Coz, no money, no job, no and no no.

Aku sekarang ni tengah cari koje, siapa yang tahu mana ada keje kosong yang ok tell me la. Dulu dah pergi interview tuk cikgu tabika under KEMAS, tapi tak de rezeki. Huhu. Penat aku lari 2.5km, peluh-peluhku yang berharga sejuta hinggit sen yang berkorban telah menjadi sia-sia. Kenapakah? Sabor jelah. Mungkin ada rezeki kat tempat lain. Siapa tahu, hanya Dia yang tahu. InsyaAllah (nak menyedapkan hatiku yang robek)

Sesape pernah koje jadi customer service tuk streamix tak? Okey tak koje tu, sementara nak cari koje yang ok ni, ingat nak minta koje tu. (koje-koje, saja nak jadi nogorian jab, walaupun saya pahangian)

Member lain yang seangkatan tentera denganku ada yang dah koje, tapi cek maseh menjadi pengangur terhormat darjat diraja yang maha mulia. (apa dah aku mencarut ni.hohh)

Apa-apapun perjuangan hidup harus diteruskan. Sebut pasal hidup aku teringat masa camping under kesatria dulu. Ada Komander suruh buat satu slogan, dan dia tanya lah kat sorang budak lelaki tu apa slogannya. Budak tu punya slogan "Hidup mesti hidup".Betul ke? Pikir-pikirkanlah. Tapi masa tu semua orang gelak kat dia, tak tahu sebab apa. Hahhh....

Sekian dulu aku mencarut. Sudah mahu tidur. Sejak akhir-akhir ni aku selalu susah tidur. Insomniakah aku?

No comments:

Click Me...Click You (^_^)