Followers

Monday, October 10, 2011

WARNA KESUKAAN..... LET’S CHECK IT OUT!!

Setiap orang mesti ada warna kesukaankan. Setiap warna membawa erti yang berbeza dan dari situ kita dapat tahu orang tu macam mana.. Kalau nak tahu jom baca seterusnya kalau tak nak baca it's okay....
Colours of your life...

Warna & anda:

Red
  • Warna ni berkaitan dengan tenaga, keganasan dan sex.
  • Bidang kerjaya yang menberi tuah kepadanya adalah dalam bisnes machinery, ketenteraan & polis, sukan & permainan.
  • Tahun penting dalam hidupnya adalah 9, 18, 27, 36, 45, 54, 63, 72, 81, 90 & 99. Pada usia 27–28, anda akan mendapat satu peluang yang bagus dalam hidup.
  • Penyakit yang mungkin selalu dihidapinya adalah demam dan kemalangan. 

Perang & hitam
  • Maknanya orang ni selalunya pendiam, practical person & bijak.
  • Bidang kerjaya yang sesuai untuknya adalah pertanian, property & organisasi dari syarikat besar.
  • 8, 17, 26, 35, 44, 53, 62, 71, 80 & 88 adalah tahun penting dalam hidupnya.
  • Dia selalu menderita masalah hypertension & sakit kaki.

Kuning
  • Orangnya berwibawa, aktif & berkemampuan untuk memujuk.
  • Dia cemerlang dalam bidang perguruan, astrologer, commission agent, share broker, jurujual  & penceramah.
  • Selesema & sakit dada adalah penyakit yang mungkin selalu dihidapinya.
  • Tahun penting dalam hidupnya adalah 5, 14, 23, 32, 41, 50, 59, 68, 77, 86 & 95.

Violet
  • If warna kesukaan kamu adalah violet you will do well in religious activities, pengurusan & organisasi, guru, banking & berkaitan property.
  • Blood pressure , asthma & faulty blood circulation will be your health problem. You will be fat & rounded in appearance.
  • Tahun penting dalam hidup anda adalah 3, 12, 21, 30, 39, 48, 57, 66, 75, 84 & 93.

Sea-green or blue green
  • Imagination adalah your main characteristic.
  • Known & subconscious or unknown fears akan memberi kesan kepada kesihatan & kebahagian anda. Jadi, jadilah berani & try not to worry. Kebimbangan adalah your greatest enemy.
  • 7, 16, 25, 34, 43, 52, 61, 70, 79, 88 & 97, the important year of your life.
  • Business berkaitan dengan liquid is suggested for you.

Putih, orange & gold
  • Anda mempunyai ciri-ciri dominant, impressive & kingly personality.
  • Jawatan yang sesuai dengan kamu adalah executive & managerial post.
  • Masalah kesihatan kamu adalah heart problem & faulty blood circulation.
  • The years 1, 10, 19, 28, 37, 46, 55, 64, 73, 82, 91, & 100 will be eventful for you.

Multicolour (suka warna campur-campur  eg. Stripes of diff. colour)
  • Any professions & business is lucky for you.
  • In health, jagalah jantung & kesihatan tulang belakang anda.
  • Events in your life will be sudden & beyond your imagination control.
  • The important years of your life will be 4, 13, 22, 31, 40, 49, 58, 67, 76, 85 & 94. 

Leaf green or grass green
  • Will make you imaginative, nervous, and popular with people, tapi kamu tidak steady & tegas dengan idea & pendapat kamu.
  • Kamu akan buat yang terbaik dalam bidang designer, artist & business berkaitan liquids, chemicals & didalam bidang perguruan, travel agency, public relationship & apa-apa yang berkaitan large public & consumer interest.
  • Masalah kesihatan berkaitan dengan perut akan selalu membebankan anda.
  • Important years will be 2, 11, 20, 29, 38, 47, 56, 65, 74, 83 & 92. 

Blue
  • Textiles, printing, painting, poetry, music, dancing, drama, business luxury & novelty items, inclusive of jewellery adalah yang mungkin berkaitan dengan anda. Jadi apa-apa pekerjaan yang berkaitan akan membawa tuah kepada anda.
  • Health problem adalah berkaitan dengan kidney, back & also the throat.
  • Tahun penting anda adalah 6, 15, 24, 33, 42, 51, 60, 69, 78, 87 & 96


So, apa pandangan anda, ada tak terkena pada kamo, mungkin takde & mungkin ada sipi-sipi je. Hehe, bagi saya baca boleh, percaya sangat jangan. (Tapi dia juga yang buat entry ni kan, tiba-tiba kata jangan percaya sangatkan. Haha.) Actually, Saya ambil info ni dari buku star signs. Saya beli buku ni pun suka-suki je, harganya cuma RM3.90. Jadi saya pun suka-suki saja nak post entry ni. Hee....(^_^)

Friday, October 7, 2011

Last published on Jul 24, 2011

Mak ngai, dah bersawang sesawang blog aku nih. Dah lama tak update. Kenapakah? Cek tak bayaq bil broadband. Hahah. Coz, no money, no job, no and no no.

Aku sekarang ni tengah cari koje, siapa yang tahu mana ada keje kosong yang ok tell me la. Dulu dah pergi interview tuk cikgu tabika under KEMAS, tapi tak de rezeki. Huhu. Penat aku lari 2.5km, peluh-peluhku yang berharga sejuta hinggit sen yang berkorban telah menjadi sia-sia. Kenapakah? Sabor jelah. Mungkin ada rezeki kat tempat lain. Siapa tahu, hanya Dia yang tahu. InsyaAllah (nak menyedapkan hatiku yang robek)

Sesape pernah koje jadi customer service tuk streamix tak? Okey tak koje tu, sementara nak cari koje yang ok ni, ingat nak minta koje tu. (koje-koje, saja nak jadi nogorian jab, walaupun saya pahangian)

Member lain yang seangkatan tentera denganku ada yang dah koje, tapi cek maseh menjadi pengangur terhormat darjat diraja yang maha mulia. (apa dah aku mencarut ni.hohh)

Apa-apapun perjuangan hidup harus diteruskan. Sebut pasal hidup aku teringat masa camping under kesatria dulu. Ada Komander suruh buat satu slogan, dan dia tanya lah kat sorang budak lelaki tu apa slogannya. Budak tu punya slogan "Hidup mesti hidup".Betul ke? Pikir-pikirkanlah. Tapi masa tu semua orang gelak kat dia, tak tahu sebab apa. Hahhh....

Sekian dulu aku mencarut. Sudah mahu tidur. Sejak akhir-akhir ni aku selalu susah tidur. Insomniakah aku?

Sunday, July 24, 2011

Musim Durian @ Pahang

Durian oh durian....
Siapa yang tak suka durian...Ruginya lah dia...
Tahun ni, memang puas makan durian....
Sampai dah xlarat dan naik jemu sudah...
Yelah apa tak nya hari-hari makan durian...
MasyaAllah...Hahaa....

Mak, aku pula amik kesempatan buat tempoyak...
Bekalan untuk bulan puasa yang bakal menjelma minggu depan....
Uishh, bulam puasa ni kalau dapat makan patin masak tempoyak memang best...
(tiba-tiba plak masuk bab puasa, tu nanti punya cerita lah,,hehe )

Kalau sebut pasal hantu durian...
Taiko nya wan aku....Hahaa...'
Memang tak boleh blah...
Orang lain semua dah agak slow2 makan durian ni...'
Tapi dia macam kebulur gila ngan durian....
(Maaf zahir batin ye wan...hahaa)

Ingat masa mula-mula durian nih baru nak gugur...
Tu dia punya berebut nak hambat durian tu...
Tapi dah last-last ni...Dah wat derk je...
Yang kecoh-kecoh cari durian...
Siapa lagi...Wan aku lah....(sori wan...hee)

Penutup bicara, durian memang lazat..
Tapi memang aku tak nafikan, bau nya memang agak kureng dah pas makan tu...
Hehehe....Tapi, durian tetap dihati ku....Perggghhh.....Hahahaaa...

Friday, June 17, 2011

HARI YANG MENDEBARKAN AKU

Title bukan main, hari yang mendebarkan gitu. Padahal nak check result exam final je. Haha. Tapi bagi aku masa nak click-click nak check result memanglah mendebarkan. Macam-macam fikir, lulus semua ke tidak,  jangan la ada repeat paper, dekan ke tidak...Huahuahua...

Aku lain dari yang lain, lain ke?..haha...Aku tak suka check result awal- ashari awal. Esok nak balik kolej, esok lah aku check resultnya. Sebelum naik bas, amik masa gi check result sekejab kat cc. So, hari dan masa yang panjang sebelum balik kolej tu, hari-hari aku berdebar. Bodohnya aku kan, sengaja nak beremosi debaran hari-hari. (Apa ayat ntah hehe).

Bila kat kolej dan dah jumpa kawan-kawan perkara yang aku elakkan adalah tanya result dorang.

“Rose...dapat bape result??”
“Hehe...entah...”(buat muka seposen tak nak gtau)
(Dalam hati member tu, mesti..) “Hish..kedekot tahap babun noo nak gtahu....”

Memanglah perasaan ingin tahu result orang membuak-buak, wau membuak-buak gitu. Tapi buat derk je lah. Sebab aku memang kaki kuku rahsia bab result exam nih, entah lah nape, sejak razali azali lagi cam nih.

Cuba la jadi cam member ko tu..Suriani ke, Azumia Mira ke..sempoi and cool je dorang...Kankankan...heee. Tanya je dia, gerenti superb dia kasi tahu...

Baik keputusan test ke apa, aku tak pernah nak sharing-sharing, kedekut hajah bakhil tol hehe..Malu dengan result aku yang tak bape nak best kot...Sampai pernah bermasam-muka dengan coffiemate classmate bab dia curi tengok paper test aku...Siut je aku..Tapi tu masa zaman muda-muda...Eh, tapi sekarang ni pun muda lagi kan...Haha..mudake ..

Chop, tapi aku pernah juga bagitahu result aku kat orang, bukan orang utan or orang-orang ....classmate lah, sebab masa tu aku tak tanya pun result dia, dia yang cite then dia tanya result aku, berat sekilo juga la nak cakap tapi last-last tergoda and tercakap juga..Heeeee...

Actually hari ni result final exam dah keluar, sebab tu la cite pasal benda kejadah sejadah ni. Aku cam biasa la memang tak check lagi. Kalau hari macam ni and nak tambah lagi debaran buka lah muka buku.. FB. Semua orang akan post kat wall dorang ‘alhamdulillah’, syukur lah’ and macam-macam lagi lah. Kita yang tak check lagi result ni, tahap debaran mencapai 100 darjah calcium lah. Calcium tu baik tuk tulang, orait lah tu...haha.

Tapi pas ni, semua dah jadi kenangan dah takde debaran nak cek result lagi. Sebab status dah TAMAT/COMPLETE.

Hilangkan debaran tgk "Dream High"
I dream high...Hopefully ia kan tercapai...

Tuk semua classmate....Congrats to all....

Thursday, May 5, 2011

TRAGEDI 4 MAY 2011

4th May 2011 sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan buat aku dan rakan-rakan Degree in Textile Technlogy, kerana hari ini adalah hari last paper for kami especially aku, Mira, Sue, Pu3 dll. Tapi malang yang menimpa nasib dua orang sahabat kami Yus and Sue apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya menjadi satu memory tragis buat kami. So, Yus dan Sue memang tak dapatlah nak attend exam ni…Dorang boleh buat supplement nanti…So, Alhamdulillah..dorang tak perlu extend….bleh la grad sama-sama..

Alhamdulillah mereka berdua selamat tetapi sebenarnya yang terlibat dalam kemalangan itu adalah tiga nyawa, kerana Yus dah berkahwin dan sedang sarat mengandung. Yus kuat dan tabah, walaupun dalam keadaan sedemikian dia masih menguatkan dirinya untuk pergi menduduki peperiksaan sedangkan pada hari itu adalah due datenya.  Allah SWT lebih sayangkan Siti Aisyah, nama yang diberikan untuk Arwah. Arwah xsempat melihat dunia kerana Allah SWT lebih sayangkannya. Mesti berat untuk Yus terima semua ni…


Kemalangan berlaku antara motor yang ditunggang Yus, Sue pembonceng dan sebuah Viva Puteh (BJQ 1953), berlaku kat simpang depan Wet World. Yang bersalah dalam kemalangan ni, sudah tentulah bukan Yus, tapi pemandu kereta tu. Sebab dorang jalan lurus dan pemandu tu yang nak masuk kesimpang tu. Dah tahu nak masuk simpang tunggulah moto Yus lalu dulu sebab Yus memang dah ada kat depan tu, buta ke apa tak tahu la si driver tu. Memang Ngok ngek tol lah. Dah jalan lurus, Yus of course la bawa laju, and then suddenly kete bodoh tu nak masuk simpang, apa lagi bertembung lah. Dengan Yus yang pregnant aku tak dapat bayangkan apa yang jadi, kesakitan yang Yus dan Sue rasa.(Perenggan ni ayat dah tak skema cm kat atas..macam tulis esei..ngee)

Lepas berlanggar tu, Yus terus bangun sebab risaukan baby nya. Yus tersembam ke depan dan Sue pun terhumbam (tragedinya lbh krg cm tula). Ya Allah, aku tak dapat bayangkan keadaan mereka.. Apa yang menjadi ketidakpuasan hati aku dan kawan-kawan yang lain adalah rasa tanggungjawab dan sifat kemanusiaan hati seorang wanita yang bergelar ibu. Sebabnya yang melanggar Yus dan Sue adalah seorang wanita pertengahan usia, apa dia tak nampak ke Yus tu pregnant dan dia boleh nak blah macam tu je. Siap kata “ Saya nak cepat ni, korang (budak-budak yang ada nak tolong kat situ) uruskanlah ye. Saya nak jemput anak saya” (ayatnya lebih kurang cam tu la)…Nasib ada saksi kejadian, so boleh jadi saksi kat court nanti, sebab Yus dan family nak bawa kes ni ke court, Yus kata dia bukan nak duit atau apa, Cuma keadilan mesti ditegakkan...Lebih kurang macam tu la Yus cakap…Sedih kalau dengar ayat Yus masa tu, tapi bukan aku yang dengar, kawan2 yang lain yang gtau…Kalau aku yang dengar….Ermmm…(credit tu saksi, budak PTPTL)

Makcik tu punya bongok, siap nak blah macam tu je dan yang lagi tak boleh blah makcik tue tu pakai tudung labuh, So, tudung labuh belum dapat mengukur sifat kemanusiaan seseorang tu. Makcik tu tak tahuke betapa sensitifnya kandungan seorang ibu tu, nak-nak lagi dah bertembung macam tu punya kuat sampai raga kemek gila (macam dah terhempuk kat perut Yus, Ya Allah sakitnya aku rasa…)Macam dia tak pernah pregnant jew…

Kalaulah dia tolong Yus bawa pergi hospital terus mesti baby dapat diselamatkan….Sedih gila aku rasa..Maybe sebabnya masa tu Yus tak macam sakit pun, yelah Yus kan memang kuat dan Sue pun macam luka-luka biasa je. Wei, kalau ko yang bersalah, bertanggungjawab lah cikit dol..Tak macam sakit pun, orang tu pregnant kot…Memang!!….Ehhh!!…Kalau aku jumpa la umah orang tu, memang aku serang la… Tapi tak boleh sebab takut Yus kalah dalam Court nanti, sebab Yus nak bawa ke Court kes ni..

Hari tu kitaorang ni nak exam, so memang tak boleh nak pergi tengok dorang la. Nasib ada Ida, dia yang pergi tengok Yus dan Sue. Kitaorang yang tengah exam ni, dengan nak jawab exam lagi dengan terfikirkan Yus dan Sue lagi…Risau…Lepas exam tak boleh nak melawat Yus, sebab masa tu Yus dah ada kat Hospital Klang dah dan masa tu bukan masa melawat.

Lepas eksiden tu, Yus dan Sue dibawa ke Klinik je, depa pula cume cek2 biasa je kat yus tu, kalau masa tu pushkan juga baby tu kua mesti dia selamat. Yelah bab aku cakap tadi Yus memang kuat, Sue yang naik welcha, tapi Yus siap boleh jalan melenggang lagi, so memang org klinik tu tak jangka yang kandungan Yus tu dah lemah. Tapi wei lu fikir la sniri eksiden kot, baby tu dalam perut, aku nak pesan la kat korang pepe hal bersangkutan dengan pregnant jangan la tak sensitif, sensitif la wei…Depa ni pun cek kandungan tu pun tiga suku je..Dan nak tunggu masa tuk jumpa doktor tu pun satu hal punya lama prosedur bongok tu….ishhh!!(dan sekali lagi aku berkata kalau la makcik bodoh tu bawa Yus pergi klinik…..)

Tak lama pas2, tiba2 Yus menggeletar seluruh badan, dia kata sejuk, pas2 baru dorang nak bawa ke hospital klang…Dalam otw tu la Yus tiba2 ckp kat nurse “Nurse….Baby dah tak gerak”….Waaaa….Kalau aku da kat situ mesti dah bercucuran air mata aku…Nurse tu pun dah naik risau…Yang teman Yus dalam ambulance tu, Lia (Budak sebelah bilik Ida dan xpernah kenal pun dengan Yus, dan sanggup nak ikut Ida pergi tolong Yus, kredit to her n Ida, bukan cam makcik tue tu…Geram!! )

Then, sampai kat hospital, dr check2, dan sahkan yang jantung baby dah tak berdenyut…masa tu ALLAH saja yang tahu betapa runtum nye perasaan seorang ibu…Suami dan ayah Yus dah sampai kat Hospital Klang masa ni…Doktor still nak Yus deliver secara normal and tu pun memakan masa…Bayangkan Yus menunggu masa tuk deliver dgn kandungan yang sudah tak bernyawa, yang ditunggu2 selama 9 bulan, tiba2 dia pergi dalam sekelip mata...apa perasaan dia…Mesti sedih gile…Kalau lah aku kat tempat dia…..Aku rasa aku tak setegar Yus…

Sue ada dapat coll dari anak si makcik tua tu, (makcik tu sempat tukar no fon ngan Sue) Tanya apa yang berlaku Sue kata la yang dia dan Yus ok, tapi baby dalam kandungan tu meninggal..Then budak bongok anak makcik tua tu siap cakap “Owh…Dia ok je kan, baby je yang meninggal ea” (lebih kurang cam tu la ayat nye)…Wei bongok, baby tu ko ingat NOTHING ke…Dia dah ada nyawa kot….Memang!!ERGH!!..Sue dan ayah dia buat police report lepas balik dari hospital tu.

5/05 kitaorang satu kelas pergi ramai-ramai melawat Yus, Lecturer pun ada dtg melawat Yus tadi….Bila sampai tengok muka Yus, terkejut gila, bengkak, kalau tgk sekali imbas mesti tak perasan tu Yus…Semalam Ida ada cakap yang muka Yus tiba2 bengkak masa kat hospital. Mesti masa eksiden ada terhentak kat mana2…Memang bengkak gila, double dengan muka dia, dengan merah dan lebam2 hitam..

Aku memang tak boleh duk kat Yus, nanti terburai berjurai segalanya…So, aku amek port jauh je, dah last2 tu baru aku datang kat Yus, and memang berjurai la..Semua sedih…Aku paling tak tahan dengar cerita ummi Yus, dia cite cam na Yus sebelum pergi kelas. Dia siap happy lagi, sihat je lagi, takde tanda2 nak bersalin, siap cakap kat baby sabar.. ni last paper ye, lebih kurang cam tu la…Hari tu dia siap boleh masak lagi…Dan kalau aku tak silap masa otw naik moto tu, Yus sempat borak ngan Sue nak letak nama apa lagi…HuHu…Sedih…..

Makcik tu xmelawat pun Yus kat hospital, dia boleh wat derk camtu jew…Esok2, ntah la….Tapi dengar cite dia dh wat police report jg..Kot2 pun pergila melawat..Tengoklah macam mana keadaan seseorang yang telah ko buat dajalkan..Dan aku dan member2 tertanya-tanya, apa yang makcik tu tengah fikir sekarang ni, samada dia takut, risau, kesian kat Yus or xde perasaan setelah membunuh eksiden and blah macam tu je!!!!

Tapi, ye la semua dah nak terjadi, memang suratan Ilahi pun dah….Kita kena redha setiap ketentuan drNya…Allah nak menguji hamba-hambaNya….

“Jika Allah SWT mencintai seorang hambanya, maka Dia akan mengujinya agar dia selalu mendengar rintihannya” Hadis Riwayat Baihaqi…
Aku harap dan berdoa agar Yus dan family tabah dan kuat dalam menempuh ujian yang Allah telah aturkan….

p/s::So, sapa2 ternampak BJQ1953, Dia memang seorang yang tak berperikemanusiaan dan tak bertanggungjawab…Cuba Tanya dia, tidur lena ke?..Ingat ye BJQ1953 tahu…Kiri salam kat dia…

::Kitaorang sempat tengok baby tu Siti Aisyah, comel and puteh….Sayang Siti Aisyah, aku dan kawan-kawan yang lain selalu usap perut Yus dan pernah 2,3 kali terasa baby tendang or bergerak…

::Baby akan dikebumikan dekat kampong Yus…Sebelom bawa baby ke kampong, husband Yus, G-man bawa baby jumpa Yus dulu, aku dengar cerita Yus of course la menangis dan bila G-man dah nak gerak bawa baby tu, Yus memang tak nak lepaskan Baby tu…Mesti sebak gila masa tu sampai Pn Ju and Pn Zehan (lecturer kitorang) pun menangis…..


::Ceritanya lebih kurang macam tulah...if ada info yang salah harap dimaafi...


::Sue, kuatkan diri menghadapi dugaan Allah SWT ....


::Kami semua kenal sejak 2005, dah 5 tahun. (Yus, Sue, Kiah, Mira, Bisha, Pqa, Pu3 dan aku dan tak lupa buat Han)..Dari diploma sehingga sekarang ijazah...Hari yang memang sedih untuk perpisahan kami, menjadi lagi hiba dengan insiden ini....


::Sori ayat tunggang langgang....

Thursday, April 21, 2011

TIPS UNTUK KURANGKAN STRESS KETIKA BUSY

lambakan kerja la sangat...hehe
Salam....Hai Rose here...Yo la sapo lae takkanlah org lain kot...Dah nama blog cik Rose ka...Takkan Hai i'm Maria Elena....Hahaha...siut Maria Elena plop....

Actually xdo tip pn....cuma nak gtau sya dalam stress tahap gaban gobon dorh....

Kenapa saya stress? Sebab banyak kerja, kerja apa, final year project lorh.....

So, tipnya buat apa? Ermmmmmmm.......................
Ermmmmmmmmmmmmmm.......

Aa xde tip pn....Huhuahuaaaa.....Xklalar pn....

Saya if stress sya akannnnn....buat solat sunat....then...coll my mum....lagi....cito kat kawan...lantakpi la dio xnak dongar sudoh...Saya cito ajo.....Huahuahuaaa....

Lae lae....Ermmmmmm........
Ermmmmmmmmmm........Sat sat tengah pikiaq ni.....

Ha....Saya akan menyanyi.....tp dlm bilik sorg2 la....if ada rumate no way la....malu lorh....Saya ni pemalu....heheheeee....

Xde po pon nk habaq tulis sini.....
sooooo...dats all...

Bubyeee.....Tataaaaaa......Dadaaaaa.....
Muahxxxzz......(^_^)

Friday, April 8, 2011

MALAM ALUNAN GEMERSIK

Malam semalam pergi dinner Malam Alunan Gemersik with my classmate (buat dekat Dewan Seri Budiman)....Siapanyew...Opsss...Siapanya, kalau aku tulis skema cam tu apa rasa, xdew (eewww lg) rasa cmna pun kan kan kan...Xla td bru pas tgk video Ini AnwarHadi....Euwww....Ermmm, tu mmg tabiat aku kot...Terasa x, terasa x....Entah loll, biasa jew (dan eeww lg)...Xdew rasa pe pun...Huhuuu....(xdew perasaan betolla ko nih...)...

Oklah, oklah back to the main topic....Malam Alunan Gemersik...Aku pergi dengan mira....And ada beberapa orang lagi classmate aku Dayana (da tallest girl), Muna Sha, Muna Muntaz, Qamy and Abu Nawas... Huhuuu...Abu je, nawas xlagi...Hahahaaa....

Macam mana dengan dinner tu, first time aku pergi dinner (tp mcm selalu gi dinner je, padahal xpun...whateverrr...) ada ceramah...Memang ceramah tu bgs, tp xkena pada gayanya, bagilah makan dulu, kita org dh kebuluq tahap seribu-raban dah...Ada member tu siap xmkn, simpan perut kosong nak muntah kedarah kt dinner...Ish ish ishhh....Xpatut la cm tu...So, kami dijamu pukul 11 beb, pukul 11 tahu....Lambat gile kot....Mmg lapaq tahap gaban aneroxia dah...Makanan ok je, makan nasiiii, nasi apa ye yg ada ayam masak merah, pepedom (slh eje x, biaq pi la), ada acar, daging kurma and satey....

Persembahan plop, ada nyanyian, tarian and lakonan...Nak tahu x, dorang wat lakonan apa, xnak thu ea, aku taip je, hantu kak limah der,segibik kot, xsyok kot, Huhuhuuu...Sedih aku tgk dorg ni, dh xde ideaaa yew....ermmm

Ni picture di mlm ituu...Aku begitu tembam lol...Bila nak kuwukan pipi nih..Btw..Baju aku ditaja oleh Yusmazili & kasut oleh Mira...Yg lain aku punya loll...hehe
Aku &Mira (mira da 2 psg bj utk dipakai, stlh mbuat keputusan dgn bijak bersama aku, kiah n Ida, akhirnya dia pakai bj ni)

Dayana in da house...Cantik mekapnye (By Qamy)

Dayana, Sha, Muna

Posing2 lg...

Yeeaa hahhaaa

Taraaarrrrr....laki yg pakai spec Qamy (mekapkn dayana, aku xmekap pun..hehe)..sorg lg tu Abu Bakar..

Abu la ni snap pic nih...Ish3...xsopang..

With Dr Rozi..Timbalan Dekan...(^_^)


Cantek x dayana, cantikkan kankan..Ish ish ish..Macam lah ada org baca blog picisan ko ni (bab kata Hami Asraff bila aku kata suka baca blog dia, kalau blog dia picisan, blog akuuuu....ermm...blog lower picisan lal ...entah la labu)

Ok lol adek2, akak2, abang hansem n abang manis....hehehe
Assalamualaikum and bubyeee.....C ya....Muahhhhxxxx....

Click Me...Click You (^_^)