Followers

Monday, October 10, 2011

WARNA KESUKAAN..... LET’S CHECK IT OUT!!

Setiap orang mesti ada warna kesukaankan. Setiap warna membawa erti yang berbeza dan dari situ kita dapat tahu orang tu macam mana.. Kalau nak tahu jom baca seterusnya kalau tak nak baca it's okay....
Colours of your life...

Warna & anda:

Red
  • Warna ni berkaitan dengan tenaga, keganasan dan sex.
  • Bidang kerjaya yang menberi tuah kepadanya adalah dalam bisnes machinery, ketenteraan & polis, sukan & permainan.
  • Tahun penting dalam hidupnya adalah 9, 18, 27, 36, 45, 54, 63, 72, 81, 90 & 99. Pada usia 27–28, anda akan mendapat satu peluang yang bagus dalam hidup.
  • Penyakit yang mungkin selalu dihidapinya adalah demam dan kemalangan. 

Perang & hitam
  • Maknanya orang ni selalunya pendiam, practical person & bijak.
  • Bidang kerjaya yang sesuai untuknya adalah pertanian, property & organisasi dari syarikat besar.
  • 8, 17, 26, 35, 44, 53, 62, 71, 80 & 88 adalah tahun penting dalam hidupnya.
  • Dia selalu menderita masalah hypertension & sakit kaki.

Kuning
  • Orangnya berwibawa, aktif & berkemampuan untuk memujuk.
  • Dia cemerlang dalam bidang perguruan, astrologer, commission agent, share broker, jurujual  & penceramah.
  • Selesema & sakit dada adalah penyakit yang mungkin selalu dihidapinya.
  • Tahun penting dalam hidupnya adalah 5, 14, 23, 32, 41, 50, 59, 68, 77, 86 & 95.

Violet
  • If warna kesukaan kamu adalah violet you will do well in religious activities, pengurusan & organisasi, guru, banking & berkaitan property.
  • Blood pressure , asthma & faulty blood circulation will be your health problem. You will be fat & rounded in appearance.
  • Tahun penting dalam hidup anda adalah 3, 12, 21, 30, 39, 48, 57, 66, 75, 84 & 93.

Sea-green or blue green
  • Imagination adalah your main characteristic.
  • Known & subconscious or unknown fears akan memberi kesan kepada kesihatan & kebahagian anda. Jadi, jadilah berani & try not to worry. Kebimbangan adalah your greatest enemy.
  • 7, 16, 25, 34, 43, 52, 61, 70, 79, 88 & 97, the important year of your life.
  • Business berkaitan dengan liquid is suggested for you.

Putih, orange & gold
  • Anda mempunyai ciri-ciri dominant, impressive & kingly personality.
  • Jawatan yang sesuai dengan kamu adalah executive & managerial post.
  • Masalah kesihatan kamu adalah heart problem & faulty blood circulation.
  • The years 1, 10, 19, 28, 37, 46, 55, 64, 73, 82, 91, & 100 will be eventful for you.

Multicolour (suka warna campur-campur  eg. Stripes of diff. colour)
  • Any professions & business is lucky for you.
  • In health, jagalah jantung & kesihatan tulang belakang anda.
  • Events in your life will be sudden & beyond your imagination control.
  • The important years of your life will be 4, 13, 22, 31, 40, 49, 58, 67, 76, 85 & 94. 

Leaf green or grass green
  • Will make you imaginative, nervous, and popular with people, tapi kamu tidak steady & tegas dengan idea & pendapat kamu.
  • Kamu akan buat yang terbaik dalam bidang designer, artist & business berkaitan liquids, chemicals & didalam bidang perguruan, travel agency, public relationship & apa-apa yang berkaitan large public & consumer interest.
  • Masalah kesihatan berkaitan dengan perut akan selalu membebankan anda.
  • Important years will be 2, 11, 20, 29, 38, 47, 56, 65, 74, 83 & 92. 

Blue
  • Textiles, printing, painting, poetry, music, dancing, drama, business luxury & novelty items, inclusive of jewellery adalah yang mungkin berkaitan dengan anda. Jadi apa-apa pekerjaan yang berkaitan akan membawa tuah kepada anda.
  • Health problem adalah berkaitan dengan kidney, back & also the throat.
  • Tahun penting anda adalah 6, 15, 24, 33, 42, 51, 60, 69, 78, 87 & 96


So, apa pandangan anda, ada tak terkena pada kamo, mungkin takde & mungkin ada sipi-sipi je. Hehe, bagi saya baca boleh, percaya sangat jangan. (Tapi dia juga yang buat entry ni kan, tiba-tiba kata jangan percaya sangatkan. Haha.) Actually, Saya ambil info ni dari buku star signs. Saya beli buku ni pun suka-suki je, harganya cuma RM3.90. Jadi saya pun suka-suki saja nak post entry ni. Hee....(^_^)

Friday, October 7, 2011

Last published on Jul 24, 2011

Mak ngai, dah bersawang sesawang blog aku nih. Dah lama tak update. Kenapakah? Cek tak bayaq bil broadband. Hahah. Coz, no money, no job, no and no no.

Aku sekarang ni tengah cari koje, siapa yang tahu mana ada keje kosong yang ok tell me la. Dulu dah pergi interview tuk cikgu tabika under KEMAS, tapi tak de rezeki. Huhu. Penat aku lari 2.5km, peluh-peluhku yang berharga sejuta hinggit sen yang berkorban telah menjadi sia-sia. Kenapakah? Sabor jelah. Mungkin ada rezeki kat tempat lain. Siapa tahu, hanya Dia yang tahu. InsyaAllah (nak menyedapkan hatiku yang robek)

Sesape pernah koje jadi customer service tuk streamix tak? Okey tak koje tu, sementara nak cari koje yang ok ni, ingat nak minta koje tu. (koje-koje, saja nak jadi nogorian jab, walaupun saya pahangian)

Member lain yang seangkatan tentera denganku ada yang dah koje, tapi cek maseh menjadi pengangur terhormat darjat diraja yang maha mulia. (apa dah aku mencarut ni.hohh)

Apa-apapun perjuangan hidup harus diteruskan. Sebut pasal hidup aku teringat masa camping under kesatria dulu. Ada Komander suruh buat satu slogan, dan dia tanya lah kat sorang budak lelaki tu apa slogannya. Budak tu punya slogan "Hidup mesti hidup".Betul ke? Pikir-pikirkanlah. Tapi masa tu semua orang gelak kat dia, tak tahu sebab apa. Hahhh....

Sekian dulu aku mencarut. Sudah mahu tidur. Sejak akhir-akhir ni aku selalu susah tidur. Insomniakah aku?

Sunday, July 24, 2011

Musim Durian @ Pahang

Durian oh durian....
Siapa yang tak suka durian...Ruginya lah dia...
Tahun ni, memang puas makan durian....
Sampai dah xlarat dan naik jemu sudah...
Yelah apa tak nya hari-hari makan durian...
MasyaAllah...Hahaa....

Mak, aku pula amik kesempatan buat tempoyak...
Bekalan untuk bulan puasa yang bakal menjelma minggu depan....
Uishh, bulam puasa ni kalau dapat makan patin masak tempoyak memang best...
(tiba-tiba plak masuk bab puasa, tu nanti punya cerita lah,,hehe )

Kalau sebut pasal hantu durian...
Taiko nya wan aku....Hahaa...'
Memang tak boleh blah...
Orang lain semua dah agak slow2 makan durian ni...'
Tapi dia macam kebulur gila ngan durian....
(Maaf zahir batin ye wan...hahaa)

Ingat masa mula-mula durian nih baru nak gugur...
Tu dia punya berebut nak hambat durian tu...
Tapi dah last-last ni...Dah wat derk je...
Yang kecoh-kecoh cari durian...
Siapa lagi...Wan aku lah....(sori wan...hee)

Penutup bicara, durian memang lazat..
Tapi memang aku tak nafikan, bau nya memang agak kureng dah pas makan tu...
Hehehe....Tapi, durian tetap dihati ku....Perggghhh.....Hahahaaa...

Friday, June 17, 2011

HARI YANG MENDEBARKAN AKU

Title bukan main, hari yang mendebarkan gitu. Padahal nak check result exam final je. Haha. Tapi bagi aku masa nak click-click nak check result memanglah mendebarkan. Macam-macam fikir, lulus semua ke tidak,  jangan la ada repeat paper, dekan ke tidak...Huahuahua...

Aku lain dari yang lain, lain ke?..haha...Aku tak suka check result awal- ashari awal. Esok nak balik kolej, esok lah aku check resultnya. Sebelum naik bas, amik masa gi check result sekejab kat cc. So, hari dan masa yang panjang sebelum balik kolej tu, hari-hari aku berdebar. Bodohnya aku kan, sengaja nak beremosi debaran hari-hari. (Apa ayat ntah hehe).

Bila kat kolej dan dah jumpa kawan-kawan perkara yang aku elakkan adalah tanya result dorang.

“Rose...dapat bape result??”
“Hehe...entah...”(buat muka seposen tak nak gtau)
(Dalam hati member tu, mesti..) “Hish..kedekot tahap babun noo nak gtahu....”

Memanglah perasaan ingin tahu result orang membuak-buak, wau membuak-buak gitu. Tapi buat derk je lah. Sebab aku memang kaki kuku rahsia bab result exam nih, entah lah nape, sejak razali azali lagi cam nih.

Cuba la jadi cam member ko tu..Suriani ke, Azumia Mira ke..sempoi and cool je dorang...Kankankan...heee. Tanya je dia, gerenti superb dia kasi tahu...

Baik keputusan test ke apa, aku tak pernah nak sharing-sharing, kedekut hajah bakhil tol hehe..Malu dengan result aku yang tak bape nak best kot...Sampai pernah bermasam-muka dengan coffiemate classmate bab dia curi tengok paper test aku...Siut je aku..Tapi tu masa zaman muda-muda...Eh, tapi sekarang ni pun muda lagi kan...Haha..mudake ..

Chop, tapi aku pernah juga bagitahu result aku kat orang, bukan orang utan or orang-orang ....classmate lah, sebab masa tu aku tak tanya pun result dia, dia yang cite then dia tanya result aku, berat sekilo juga la nak cakap tapi last-last tergoda and tercakap juga..Heeeee...

Actually hari ni result final exam dah keluar, sebab tu la cite pasal benda kejadah sejadah ni. Aku cam biasa la memang tak check lagi. Kalau hari macam ni and nak tambah lagi debaran buka lah muka buku.. FB. Semua orang akan post kat wall dorang ‘alhamdulillah’, syukur lah’ and macam-macam lagi lah. Kita yang tak check lagi result ni, tahap debaran mencapai 100 darjah calcium lah. Calcium tu baik tuk tulang, orait lah tu...haha.

Tapi pas ni, semua dah jadi kenangan dah takde debaran nak cek result lagi. Sebab status dah TAMAT/COMPLETE.

Hilangkan debaran tgk "Dream High"
I dream high...Hopefully ia kan tercapai...

Tuk semua classmate....Congrats to all....

Thursday, May 5, 2011

TRAGEDI 4 MAY 2011

4th May 2011 sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan buat aku dan rakan-rakan Degree in Textile Technlogy, kerana hari ini adalah hari last paper for kami especially aku, Mira, Sue, Pu3 dll. Tapi malang yang menimpa nasib dua orang sahabat kami Yus and Sue apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya menjadi satu memory tragis buat kami. So, Yus dan Sue memang tak dapatlah nak attend exam ni…Dorang boleh buat supplement nanti…So, Alhamdulillah..dorang tak perlu extend….bleh la grad sama-sama..

Alhamdulillah mereka berdua selamat tetapi sebenarnya yang terlibat dalam kemalangan itu adalah tiga nyawa, kerana Yus dah berkahwin dan sedang sarat mengandung. Yus kuat dan tabah, walaupun dalam keadaan sedemikian dia masih menguatkan dirinya untuk pergi menduduki peperiksaan sedangkan pada hari itu adalah due datenya.  Allah SWT lebih sayangkan Siti Aisyah, nama yang diberikan untuk Arwah. Arwah xsempat melihat dunia kerana Allah SWT lebih sayangkannya. Mesti berat untuk Yus terima semua ni…


Kemalangan berlaku antara motor yang ditunggang Yus, Sue pembonceng dan sebuah Viva Puteh (BJQ 1953), berlaku kat simpang depan Wet World. Yang bersalah dalam kemalangan ni, sudah tentulah bukan Yus, tapi pemandu kereta tu. Sebab dorang jalan lurus dan pemandu tu yang nak masuk kesimpang tu. Dah tahu nak masuk simpang tunggulah moto Yus lalu dulu sebab Yus memang dah ada kat depan tu, buta ke apa tak tahu la si driver tu. Memang Ngok ngek tol lah. Dah jalan lurus, Yus of course la bawa laju, and then suddenly kete bodoh tu nak masuk simpang, apa lagi bertembung lah. Dengan Yus yang pregnant aku tak dapat bayangkan apa yang jadi, kesakitan yang Yus dan Sue rasa.(Perenggan ni ayat dah tak skema cm kat atas..macam tulis esei..ngee)

Lepas berlanggar tu, Yus terus bangun sebab risaukan baby nya. Yus tersembam ke depan dan Sue pun terhumbam (tragedinya lbh krg cm tula). Ya Allah, aku tak dapat bayangkan keadaan mereka.. Apa yang menjadi ketidakpuasan hati aku dan kawan-kawan yang lain adalah rasa tanggungjawab dan sifat kemanusiaan hati seorang wanita yang bergelar ibu. Sebabnya yang melanggar Yus dan Sue adalah seorang wanita pertengahan usia, apa dia tak nampak ke Yus tu pregnant dan dia boleh nak blah macam tu je. Siap kata “ Saya nak cepat ni, korang (budak-budak yang ada nak tolong kat situ) uruskanlah ye. Saya nak jemput anak saya” (ayatnya lebih kurang cam tu la)…Nasib ada saksi kejadian, so boleh jadi saksi kat court nanti, sebab Yus dan family nak bawa kes ni ke court, Yus kata dia bukan nak duit atau apa, Cuma keadilan mesti ditegakkan...Lebih kurang macam tu la Yus cakap…Sedih kalau dengar ayat Yus masa tu, tapi bukan aku yang dengar, kawan2 yang lain yang gtau…Kalau aku yang dengar….Ermmm…(credit tu saksi, budak PTPTL)

Makcik tu punya bongok, siap nak blah macam tu je dan yang lagi tak boleh blah makcik tue tu pakai tudung labuh, So, tudung labuh belum dapat mengukur sifat kemanusiaan seseorang tu. Makcik tu tak tahuke betapa sensitifnya kandungan seorang ibu tu, nak-nak lagi dah bertembung macam tu punya kuat sampai raga kemek gila (macam dah terhempuk kat perut Yus, Ya Allah sakitnya aku rasa…)Macam dia tak pernah pregnant jew…

Kalaulah dia tolong Yus bawa pergi hospital terus mesti baby dapat diselamatkan….Sedih gila aku rasa..Maybe sebabnya masa tu Yus tak macam sakit pun, yelah Yus kan memang kuat dan Sue pun macam luka-luka biasa je. Wei, kalau ko yang bersalah, bertanggungjawab lah cikit dol..Tak macam sakit pun, orang tu pregnant kot…Memang!!….Ehhh!!…Kalau aku jumpa la umah orang tu, memang aku serang la… Tapi tak boleh sebab takut Yus kalah dalam Court nanti, sebab Yus nak bawa ke Court kes ni..

Hari tu kitaorang ni nak exam, so memang tak boleh nak pergi tengok dorang la. Nasib ada Ida, dia yang pergi tengok Yus dan Sue. Kitaorang yang tengah exam ni, dengan nak jawab exam lagi dengan terfikirkan Yus dan Sue lagi…Risau…Lepas exam tak boleh nak melawat Yus, sebab masa tu Yus dah ada kat Hospital Klang dah dan masa tu bukan masa melawat.

Lepas eksiden tu, Yus dan Sue dibawa ke Klinik je, depa pula cume cek2 biasa je kat yus tu, kalau masa tu pushkan juga baby tu kua mesti dia selamat. Yelah bab aku cakap tadi Yus memang kuat, Sue yang naik welcha, tapi Yus siap boleh jalan melenggang lagi, so memang org klinik tu tak jangka yang kandungan Yus tu dah lemah. Tapi wei lu fikir la sniri eksiden kot, baby tu dalam perut, aku nak pesan la kat korang pepe hal bersangkutan dengan pregnant jangan la tak sensitif, sensitif la wei…Depa ni pun cek kandungan tu pun tiga suku je..Dan nak tunggu masa tuk jumpa doktor tu pun satu hal punya lama prosedur bongok tu….ishhh!!(dan sekali lagi aku berkata kalau la makcik bodoh tu bawa Yus pergi klinik…..)

Tak lama pas2, tiba2 Yus menggeletar seluruh badan, dia kata sejuk, pas2 baru dorang nak bawa ke hospital klang…Dalam otw tu la Yus tiba2 ckp kat nurse “Nurse….Baby dah tak gerak”….Waaaa….Kalau aku da kat situ mesti dah bercucuran air mata aku…Nurse tu pun dah naik risau…Yang teman Yus dalam ambulance tu, Lia (Budak sebelah bilik Ida dan xpernah kenal pun dengan Yus, dan sanggup nak ikut Ida pergi tolong Yus, kredit to her n Ida, bukan cam makcik tue tu…Geram!! )

Then, sampai kat hospital, dr check2, dan sahkan yang jantung baby dah tak berdenyut…masa tu ALLAH saja yang tahu betapa runtum nye perasaan seorang ibu…Suami dan ayah Yus dah sampai kat Hospital Klang masa ni…Doktor still nak Yus deliver secara normal and tu pun memakan masa…Bayangkan Yus menunggu masa tuk deliver dgn kandungan yang sudah tak bernyawa, yang ditunggu2 selama 9 bulan, tiba2 dia pergi dalam sekelip mata...apa perasaan dia…Mesti sedih gile…Kalau lah aku kat tempat dia…..Aku rasa aku tak setegar Yus…

Sue ada dapat coll dari anak si makcik tua tu, (makcik tu sempat tukar no fon ngan Sue) Tanya apa yang berlaku Sue kata la yang dia dan Yus ok, tapi baby dalam kandungan tu meninggal..Then budak bongok anak makcik tua tu siap cakap “Owh…Dia ok je kan, baby je yang meninggal ea” (lebih kurang cam tu la ayat nye)…Wei bongok, baby tu ko ingat NOTHING ke…Dia dah ada nyawa kot….Memang!!ERGH!!..Sue dan ayah dia buat police report lepas balik dari hospital tu.

5/05 kitaorang satu kelas pergi ramai-ramai melawat Yus, Lecturer pun ada dtg melawat Yus tadi….Bila sampai tengok muka Yus, terkejut gila, bengkak, kalau tgk sekali imbas mesti tak perasan tu Yus…Semalam Ida ada cakap yang muka Yus tiba2 bengkak masa kat hospital. Mesti masa eksiden ada terhentak kat mana2…Memang bengkak gila, double dengan muka dia, dengan merah dan lebam2 hitam..

Aku memang tak boleh duk kat Yus, nanti terburai berjurai segalanya…So, aku amek port jauh je, dah last2 tu baru aku datang kat Yus, and memang berjurai la..Semua sedih…Aku paling tak tahan dengar cerita ummi Yus, dia cite cam na Yus sebelum pergi kelas. Dia siap happy lagi, sihat je lagi, takde tanda2 nak bersalin, siap cakap kat baby sabar.. ni last paper ye, lebih kurang cam tu la…Hari tu dia siap boleh masak lagi…Dan kalau aku tak silap masa otw naik moto tu, Yus sempat borak ngan Sue nak letak nama apa lagi…HuHu…Sedih…..

Makcik tu xmelawat pun Yus kat hospital, dia boleh wat derk camtu jew…Esok2, ntah la….Tapi dengar cite dia dh wat police report jg..Kot2 pun pergila melawat..Tengoklah macam mana keadaan seseorang yang telah ko buat dajalkan..Dan aku dan member2 tertanya-tanya, apa yang makcik tu tengah fikir sekarang ni, samada dia takut, risau, kesian kat Yus or xde perasaan setelah membunuh eksiden and blah macam tu je!!!!

Tapi, ye la semua dah nak terjadi, memang suratan Ilahi pun dah….Kita kena redha setiap ketentuan drNya…Allah nak menguji hamba-hambaNya….

“Jika Allah SWT mencintai seorang hambanya, maka Dia akan mengujinya agar dia selalu mendengar rintihannya” Hadis Riwayat Baihaqi…
Aku harap dan berdoa agar Yus dan family tabah dan kuat dalam menempuh ujian yang Allah telah aturkan….

p/s::So, sapa2 ternampak BJQ1953, Dia memang seorang yang tak berperikemanusiaan dan tak bertanggungjawab…Cuba Tanya dia, tidur lena ke?..Ingat ye BJQ1953 tahu…Kiri salam kat dia…

::Kitaorang sempat tengok baby tu Siti Aisyah, comel and puteh….Sayang Siti Aisyah, aku dan kawan-kawan yang lain selalu usap perut Yus dan pernah 2,3 kali terasa baby tendang or bergerak…

::Baby akan dikebumikan dekat kampong Yus…Sebelom bawa baby ke kampong, husband Yus, G-man bawa baby jumpa Yus dulu, aku dengar cerita Yus of course la menangis dan bila G-man dah nak gerak bawa baby tu, Yus memang tak nak lepaskan Baby tu…Mesti sebak gila masa tu sampai Pn Ju and Pn Zehan (lecturer kitorang) pun menangis…..


::Ceritanya lebih kurang macam tulah...if ada info yang salah harap dimaafi...


::Sue, kuatkan diri menghadapi dugaan Allah SWT ....


::Kami semua kenal sejak 2005, dah 5 tahun. (Yus, Sue, Kiah, Mira, Bisha, Pqa, Pu3 dan aku dan tak lupa buat Han)..Dari diploma sehingga sekarang ijazah...Hari yang memang sedih untuk perpisahan kami, menjadi lagi hiba dengan insiden ini....


::Sori ayat tunggang langgang....

Thursday, April 21, 2011

TIPS UNTUK KURANGKAN STRESS KETIKA BUSY

lambakan kerja la sangat...hehe
Salam....Hai Rose here...Yo la sapo lae takkanlah org lain kot...Dah nama blog cik Rose ka...Takkan Hai i'm Maria Elena....Hahaha...siut Maria Elena plop....

Actually xdo tip pn....cuma nak gtau sya dalam stress tahap gaban gobon dorh....

Kenapa saya stress? Sebab banyak kerja, kerja apa, final year project lorh.....

So, tipnya buat apa? Ermmmmmmm.......................
Ermmmmmmmmmmmmmm.......

Aa xde tip pn....Huhuahuaaaa.....Xklalar pn....

Saya if stress sya akannnnn....buat solat sunat....then...coll my mum....lagi....cito kat kawan...lantakpi la dio xnak dongar sudoh...Saya cito ajo.....Huahuahuaaa....

Lae lae....Ermmmmmm........
Ermmmmmmmmmm........Sat sat tengah pikiaq ni.....

Ha....Saya akan menyanyi.....tp dlm bilik sorg2 la....if ada rumate no way la....malu lorh....Saya ni pemalu....heheheeee....

Xde po pon nk habaq tulis sini.....
sooooo...dats all...

Bubyeee.....Tataaaaaa......Dadaaaaa.....
Muahxxxzz......(^_^)

Friday, April 8, 2011

MALAM ALUNAN GEMERSIK

Malam semalam pergi dinner Malam Alunan Gemersik with my classmate (buat dekat Dewan Seri Budiman)....Siapanyew...Opsss...Siapanya, kalau aku tulis skema cam tu apa rasa, xdew (eewww lg) rasa cmna pun kan kan kan...Xla td bru pas tgk video Ini AnwarHadi....Euwww....Ermmm, tu mmg tabiat aku kot...Terasa x, terasa x....Entah loll, biasa jew (dan eeww lg)...Xdew rasa pe pun...Huhuuu....(xdew perasaan betolla ko nih...)...

Oklah, oklah back to the main topic....Malam Alunan Gemersik...Aku pergi dengan mira....And ada beberapa orang lagi classmate aku Dayana (da tallest girl), Muna Sha, Muna Muntaz, Qamy and Abu Nawas... Huhuuu...Abu je, nawas xlagi...Hahahaaa....

Macam mana dengan dinner tu, first time aku pergi dinner (tp mcm selalu gi dinner je, padahal xpun...whateverrr...) ada ceramah...Memang ceramah tu bgs, tp xkena pada gayanya, bagilah makan dulu, kita org dh kebuluq tahap seribu-raban dah...Ada member tu siap xmkn, simpan perut kosong nak muntah kedarah kt dinner...Ish ish ishhh....Xpatut la cm tu...So, kami dijamu pukul 11 beb, pukul 11 tahu....Lambat gile kot....Mmg lapaq tahap gaban aneroxia dah...Makanan ok je, makan nasiiii, nasi apa ye yg ada ayam masak merah, pepedom (slh eje x, biaq pi la), ada acar, daging kurma and satey....

Persembahan plop, ada nyanyian, tarian and lakonan...Nak tahu x, dorang wat lakonan apa, xnak thu ea, aku taip je, hantu kak limah der,segibik kot, xsyok kot, Huhuhuuu...Sedih aku tgk dorg ni, dh xde ideaaa yew....ermmm

Ni picture di mlm ituu...Aku begitu tembam lol...Bila nak kuwukan pipi nih..Btw..Baju aku ditaja oleh Yusmazili & kasut oleh Mira...Yg lain aku punya loll...hehe
Aku &Mira (mira da 2 psg bj utk dipakai, stlh mbuat keputusan dgn bijak bersama aku, kiah n Ida, akhirnya dia pakai bj ni)

Dayana in da house...Cantik mekapnye (By Qamy)

Dayana, Sha, Muna

Posing2 lg...

Yeeaa hahhaaa

Taraaarrrrr....laki yg pakai spec Qamy (mekapkn dayana, aku xmekap pun..hehe)..sorg lg tu Abu Bakar..

Abu la ni snap pic nih...Ish3...xsopang..

With Dr Rozi..Timbalan Dekan...(^_^)


Cantek x dayana, cantikkan kankan..Ish ish ish..Macam lah ada org baca blog picisan ko ni (bab kata Hami Asraff bila aku kata suka baca blog dia, kalau blog dia picisan, blog akuuuu....ermm...blog lower picisan lal ...entah la labu)

Ok lol adek2, akak2, abang hansem n abang manis....hehehe
Assalamualaikum and bubyeee.....C ya....Muahhhhxxxx....

Sunday, April 3, 2011

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2010

Tahniah kepada semua artis yang menang….Walaupun Kak Siti x de, tp dia tetap ada dlm hatiku ini….Cehhwahhhh….Tahniah Shaheizy Sam…..Dan agak dh dia menang…I loikeee….


1. Pengacara TV Lelaki Popular = Aznil Nawawi

2. Pengacara TV Wanita Popular = Farah Fauzana

3. Penyampai Radio Lelaki Popular = Faizal Ismail

4. Penyampai Radio Wanita Popular = Farah Fauzana

5. Artis Komedi Lelaki Popular = Zizan

6. Artis Komedi Wanita Popular = Norkhiriah

7. Artis Baru Lelaki Popular = Shahir

8. Artis Baru Wanita Popular = Ana Raffali

9. Kumpulan Nasyid Popular = Rabbani 

10. Duo & Berkumpulan Popular = Sixth Sense

11. Penyanyi Lelaki Popular = Faizal Tahir

12. Penyanyi Wanita Popular = Yuna

13. Pelakon Filem Lelaki Popular = Shaheizy Sam

14. Pelakon Filem Wanita Popular = Lisa Surihani 

15. Pelakon TV Lelaki Popular = Remy Ishak

16. Pelakon TV Wanita Popular = Fasha Sandha

17. Bintang Paling Popular = Shaheizy Sam

Saturday, April 2, 2011

GLAMOUROUS OF COLOUR SENSATION....

Glamourous.....What is glamourous?...Dinner lol...That's the theme GLAMOUROUS OF COLOUR SENSATION...But with theme colour gold, white and cream....When it is?....Yesterday 1st of April at Klang Executive Club...

Comment about the dinner....
1. Makanannya biasa jew.....ada daging black paper, ayam goreng, bihun goreng, sotong masak merah dan apa ntah mknn satu lg tu....Memang biasa je....Xde yang luar biasa...

2. Persembahan yang tak menarik...Ada tarian, tarian kontemporari....Ermmmm, actually aku tak suka tarian tu, aku lebih suka tarian rancak and moden...Sorry to say....And persembahan nyanyian band....Erm, aku tak mnghayati pun lagu and suara depa, xdesap la kot, bab tu aku tak tertarik....

3. MC tuk dinner tu xlah membosankan, tp agak over cikit....

4. Goddies bag cantik, beg nonwoven tp isinya cume makanan ringan, chocolate homemade, and button...Nothing special...

Ramai classmate yang tak pergi, dunno why they x pergi...Xsporting bab kata mira.....Geng2 seniour cume aku and mira je yang pergi....Yang lain ermmm.....Xnak pi sudah lah....Geng2 junior macam semua pergi....Geng2 matric sorang je xgi....So, bila ramai geng aku tak pergi ni xsyok la sikit...Tp nk uwat camna....

Ni la last dinner, tapi dorang buat hal lop xnak gi....Pas ni dh la xjumpa dah...MAsing2 dh abih blaja....masing2 bakal membawa haluan masing2....

Camera xde, so aku cuma tumpang camera dak2 lain jew....Mira da bw camera, tp aku tak copy lagi....Gambar aku mencapub sorang2 adalah....

Pic dlm toilet...ngeeee

Biasalah mencapub sorg2....heee

Goddie bag...
Opss....Lupa nak cakap credit to mira my friend, coz menaja pakain aku...kihkih....From top to bottom kec seluar, kasut, inner tudung and sewaktu dgnnye adlah aku punyew....Punya mls nak shopping uk dinner kan...Lainlah mira, wauuu cam snow white gitu or cam princess.....Chantek gitu...AKu biasa jew....Dak2 lainmmg gempak abih ler....Gaya Hana Tajima pun ada....

p/s:walaupun kurang best, tp it's still a good memory to remember....Tq mira, for your cloth...

Wednesday, March 30, 2011

SALAH FAHAM KEW???

ERGHHHH....

CIk Rose kata::Salah faham bermakna kita telah silap dalam memahami sesuatu perkara samada dalam kehidupan, persahabatan,perhubungan, pelajaran, dan lain-lain lagi. Ia berlaku kerana komunikasi antara pihak-pihak yang terlibat adalah tidak memuaskan atau tiada komunikasi yang berlaku antara pihak yang terbabit……

Cik mek::Chopsss….oit apa yang kau merapik and mencarut nih….Ni kelas bahasa melayu ke?

Cik Rose::Opsss….Sorry, ni bukan kelas darr…Saja je nak mengutarakan permasalahan berkenaan salah faham nih….

Salah faham jew tu…Biasa je dengar perkataan tu bila sesuatu drama berlaku…Drama swasta antara manusia luar biasa…Drama swasta tapi tak berbayar…
So, kalau dah berlaku salah faham nak buat apa, kalau itu berkaitan dengan aku….aku suka buat bodoh je..

Cik Mek::Suka lari dari masalah la tu…ermm…ah…pengecut….

Cik Rose::PENGECUT!!!!!

Mana ada pengecut, aku sebenarnya tak suka nak fikir hal remeh-temeh ni, memeningkan kepala…(ye la tuh….padahal ko mmg suka pk byk….semua hall ah, tak kira kecik ke, kalau besar lagi lah kusut hang tuh….)…Huhuhuuuu…
Kalau macam tuh, apa yang bagus untuk kita buat kalau dah berlaku salah faham nih….

Cik Mek::Tadi kau pun dah cakapkan…..KOMUNIKASI….

Cik Rose::Haaaaa…..tol betol….Pandaiiii……..

Cik Mek::Baru tahu kew…..

So, kalau dah berlaku salah faham tu, cepat-cepat lah bersemuka, Tanya kenapa macam ni, macam tu….luahkan segala yang terbuku dihati, kalau diperap nanti jadi masyam, kalau masyam, lama-lama nanti bushuk, kalau dah masyam dan busyuk alamatnya basi darrr…..Kalau dah basi, nanti banyak gas-gas berbahaya terhasil ….Nanti terciptalah tenaga luar biasa yang bisa meletop…Bila meletop takut-takot tsunami pun berlaku….(Hey…Rose….Apa dar au mencarut lagi nih)…Ntah lah Cik Rose nih….
Tapikan kalau dah bersemuka and cakap-cakap time tak berhasil nak buat macam mana pula…

Cik Mek::Buat derkk jewlah…..

Cik Rose::Ermmmm….Aku tahu….Buat bodoh jew….

Cik Mek::Lebih kurang ler tu…Buat derkk and buat bodoh….Apalah bengap sangat Cik Rose nih…..

Cik Rose::HuhUhuuu…..( @)_(@”)…..


Kesimpulannya….Simpulkanlah tali yang terurai….Uraikanlah tali yang tersimpul…Agar segalanya akan …..Blurrr…..Sambunglah sendiri…Aku bukan pandai buat ayat gempak-gempak ni…Bukan pakar bahasa…Pakar sakit jiwa pun bukan….Orang sakit jiwa ye la kot….Huahuahua……Minta simpang loll…

p/s::kalau gua salah...gua salah...tapi gua salah kew...

Saturday, March 26, 2011

PROBLEMs with my COMPAQ CQ42...

Salam……Cik Rose nak berstory da morry lagi nih…..Story pasai pa ea…Pasai laptop gua ni, asyik hang je, padahal baru lepas format….Memang bengang gilew…Laptop ni baru lagi beli, tak sampai setahun pun lagi….

Bukan banyak sangat program yang aku buka, bukan nya main game, kalau buat kerja tu, jarang lah aku dengar lagu….Tut-tut tengah buat kerja kerja, tiba-tiba hang…..Adoiii..memang siot betullah laptop nih….Macam mana lah aku nak sayang kat ko baby, kalau asyik buat hal jew, nak beli laptop lain, xmampu….Kalau dah kerja nanti aku bagi ko dekat adek aku je la kot, tapi kalau ko buat perangai yang elok, xla aku buang kau…..Dooi3….Cakap  ngn laptop,mcam lah laptop tu manusia…..Siot je Cik Rose ngoxx ni….

Hah, nak tahu aku pakai laptop apa, cer teka,…
-“Acer ea….”

compaq cq42-hang-hong


Salah la der, gua pakai Compaq cikai de cokot, CQ42….Sebelum aku pakai Compaq ni yang aku pakai Acer. Acer dulu aku sempat pakai 3 tahun setengah jew, then mother board rosak…Tapi dah baiki dah, Pastu, hard disk pula problem….Bab tu lah gua beli laptop Compaq ni, lagipun masa tu ramai member gua pakai Compaq ok….

-“Masalah ngan Compaq CQ42 ni apa”
Banyak masalah ngn dia ni….Macam masalah besar je kan…Memang besar pun….Kalau tidak, xde lah aku bengang-bengong-bengung lagu ni….

-Cer cite-cer cite…..
Sabor-sabor, nak cite la ni, aku bakor kang xsabor gitu….Mula2 beli, gua xcek la kat skrin kat webcam tu, cam longgar jew…Ke2-yang function cam mouse tu panggil apa ea, touch pad kew, lupa lak aku, kan boleh wat scroll atas & bawah kan, x function pong benda alah tu…Siottt jew, wat sakit ati,….Huhuhuu…Sebulan pas tu, dah kena format, sebabnya wa talak tahu lah, wa Cuma nak install kaspersky, pas2 dy jd hang pulak….gila la….Baru beli tu….Salah gua ke…Wa talak tahu….Pas2 ok, then 3 ke 4 bulan pas tu, tiba2 pula windows corrupt, nak kena format lgi, siot tahap gaban anak gajah da…geram nya aku…..Lepas format tu lah yang asyik hang jew….And then, best part is hard disk laptop ni problem pula, jadi cam laptop Acer lama….Adoiyaiiii…..Memang kerja gila la….Apa salah aku ni, kenapa lah aku bernasib malang dalam bab laptop metop ni….Geram nya aku…

Tapi Cik rose kenalah banyak bersabar ea,…..Tu semua dugaan hidup,…..Peghhhh…Hehe…Sabor, sabor gak, tapi kerja banyok nak buat ni, dengan thesis tak buat lagi nih, xde laptop mampuih aku beb…

Next week, gua nak hantar laptop ni ke HP, nak suh dorang baiki la, kalau xboleh baiki kau bakor HP tu….Ataupun nak jadi cam berita kat mana tu yang kereta asyik wat problem, pas repair-repair, rosak lagi,last-last dia suh org rosak kan kete dia, tanda protes…Xkan aku nak buat cam tu, dia tu kaya, aku ni kayak…hahaha…Tak-tak, kau tak kayak la, kau kaya juga, kaya dengan budi-bahasa…..cehhhh….Hahaha….

Ok la der-der, sampai disini dulu gua mencarut….Salamm….

P/s: nak beli laptop dell la pula pas ni….hehehe….Macam banyak sangat duit….


Friday, March 25, 2011

APRIL FOOL.....

Fool....fool...fool....Marah x kalau orang kata fool  kat kita.....Huish,mestilah marahkan....Disebabkan April akan menjelma,saja jew nak berstory da morry sal 'april fool'....Selama ni, xpernah la pula menjejakkan kaki menaip 'april fool kat Google....Tapi hari ni tergoogle 'april fool', so, aku pun ameklah masa membaca. Yelah, selama ni, kalau ada risalah pasal 'april fool' aku buat fool jew....hahaha....Boleh lop cam gitu.....

Bila baca sejarah pasal april fool ni, rasa sedih, tak dapat dibayangkan macam mana keadaan masa tu, kekejaman tentera salib terhadap umat ISLAM dengan PEMBUNUHAN RIBUAN UMAT ISLAM....

So, korang-korang janganlah sesekali sambut april fool ni, ini adalah hari orang kristian menjatuhkan umat ISLAM....

Ni entrynya....
Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak  sehebat  perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat  mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan  pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’  untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak  kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan  melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea  perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fooldengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Thursday, March 17, 2011

Aku budak yang tak baik

Ya, i'm not a good girl...
Aku bukan budak baik...
Aku sering kali melakukan kesalahan demi kesalahan...
Why?
Bilakah seru untuk aku berubah akan muncul tiba...

Saturday, March 12, 2011

TSUNAMI DI JEPUN-Ribuan penduduk diancam radiasi


Tsunami muncul lagi dan kali ini menyerang Jepun...Bila terdengar perkataan Tsunami yang dibayangkan adalah ombak besar yang tinggi yang akan merempuh dan memusnahkan apa sahaja yang ada dihadapannya....MasyaAllah....mengerikan.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana ia tidak berlaku dinegara kita. Tapi apa yang berlaku kepada Jepun harus menjadi iktibar kepada kita dan sama-sama lah kita berdoa agar mereka dapat menghadapi dugaan Allah ini dengan sabar. Setiap cubaan dan dugaanNya didunia ini ada hikmahnya...


Sumber dari berita harian:
Tsunami meragut 1700 nyawa dan 10,000 dikhuatiri hilang, aku tak dapat bayangkan perasaan aku kalau ada diantara jumlah itu adalah salah seorang dari family aku sendiri, ataupun sahabat, ataupun saudara-mara..Walaupun Tsunami berlaku diJepun, tapi aku dapat merasa kesedihan yang dialami oleh mereka disana, kehilangan orang yang tersayang, kehilangan harta benda yang tinggal hanya sehelai sepinggang..

215,000 penduduk di kawasan timur lautnya yang terjejas teruk itu, berlindung di penempatan sementara ketika sekurang-kurangnya 5.6 juta penduduk pula terpaksa bergelap akibat terputus bekalan elektrik dan air bersih.  Semua talian telefon terputus ketika ramai penduduknya yang terselamat, beratur panjang mendapatkan bantuan. Sebanyak 400 mayat ditemui di bandar Rikuzentakata, wilayah Iwate yang dilaporkan musnah dan tenggelam sepenuhnya, manakala di bandar Sendai, sekurang-kurangnya 300 mayat turut ditemui. MasyaAllah...Tak dapat aku bayangkan kalau aku yang berada disana.... 

Bukan setakat Itu, malah Jepun dikejutkan dengan kejadian kebocoran radioaktif di salah reaktor nuklearnya di Fukushima, utara Tokyo akibat letupan di bumbung loji terbabit berikutan gempa bumi kuat.   Perkembangan itu meningkatkan ancaman radiasi jika reaktor itu terbakar dan memaksa kerajaan memindahkan penduduk yang tinggal di lingkungan 20 kilometer dari reaktor Daichi 1 berusia 40 tahun itu.  Pengumuman oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano itu dibuat ketika rakaman televisyen memaparkan imej kepulan wap panas dari loji itu yang memaksa syarikat pengendalinya, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) berusaha mengurangkan tekanan dalam teras reaktor berkenaan. 

Mereka mengalami kerugian yang teruk dan dianggarkan kerugian sebanyak AS$15 bilion (RM52.5 bilion). Banyak tu….Moga-moga Jepun akan cepat pulih dari kemusnahan ini….Dan ambillah iktibar dari kejadian ini…Aku manusia biasa Cuma berharap Negara Malaysia akan selamat dari malapetaka dan bencana alam……Aminnn…..


Click Me...Click You (^_^)